Sejarah B.B. Studio

Fail:Bandai Entertainment Company.png Logo untuk BEC.

BEC Co., Ltd. (株式会社ベック, Kabushiki-gaisha Bekku), merupakan nama singkatan untuk Bandai Entertainment Company, merupakan sebuah usaha sama oleh syarikat Bandai dan syarikat Human untuk pembangunan permainan video. Mereka amat terkenal dengan pembangunan permainan berlesen daripada siri hiburan yang popular seperti Digimon, Dragon Ball Z and Mobile Suit Gundam.[2][3]

Bandai akhirnya mengambil alih sepenuhnya syarikat BEC, selepas syarikat Human muflis pada tahun 2000. Sejurus selepas syarikat Bandai dan syarikat Namco bergabung untuk menjadi syarikat Bandai Namco Holdings, syarikat BEC menjadi sebuah anak syarikat kepada Bandai Namco Holdings yang khusus kepadapembangunan permainan video. [4]

Banpre Kikaku Co., Ltd. (株式会社バンプレ企画, Kabushiki-gaisha Banpure Kikaku) merupakan sebuah anak syarikat untuk syarikat Banpresto yang terkenal dengan penghasilan pelbagai permainan video. Nama syarikat diubah kepada Banpresoft Co., Ltd. (株式会社バンプレソフト, Kabushiki-gaisha Banpuresofuto) pada Mac tahun 1997.

Pada 1 April tahun 2011, Bandai Namco menggabungkan syarikat BEC dengan syarikat Banpresoft untuk menyelaraskan dan menyatukan anak-anak syarikat yang menghasilkan permainan video untuk syarikat Bandai kepada satu entiti, [5] [6] [7] manakala jenama Banpresto telah ditubuhkan semula sebagai syarikat mainan dan menjadi sebahagian daripada pembangun mainan dan mainan hobi untuk syarikat Bandai Namco. [8] Syarikat BB Studio terus menggunakan nama Banpresto pada produknya sehingga Februari tahun 2014. Selepas itu, Bandai Namco memutuskan bahawa semua permainan video yang dihasilkan pada masa hadapan hanya akan membawa nama Bandai Namco. [9] [10]

Rujukan

WikiPedia: B.B. Studio http://gematsu.com/2016/09/digimon-world-next-orde... http://www.giantbomb.com/bec-co-ltd/3010-2631/ http://www.bandainamco.co.jp/en/about/history.html http://www.banpresto.co.jp/english/history/ http://www.bbst.co.jp/ http://ddo.4gamer.net/games/127/G012707/2011040604... https://andriasang.com/comusw/banpresto_bec_bbstud... https://www.gamespot.com/articles/bandai-and-namco... https://www.siliconera.com/namco-museum-archives-t... https://nlab.itmedia.co.jp/games/articles/0509/01/...